Sunday, October 3, 2010

Bijaksana vs Populariti.

1. Kata seorang tokoh politik kebijaksanaan pemimpin perlu dalam mendepani sebarang perubahan situasi. Ya, memang benar. Tanpa kebijaksanaan tentulah kelam kabut jadinya bila stituasi tidak menentu. Tapi berapa peratuskah pemimpin yg bijaksana berbanding dgn pemimpin yg glamour?

2. Permainan politik adakalanya begitu menjijikan tidak kira di dalam parti apa pun di dunia ini. Ini fenomena biasa, telah terjadi sejak beratus-ratus tahun dahulu biarpun di dalam empayar kerajaan Islam. Cuma, sudah jd sifat manusia, akibat tidak banyak membaca dan mengetahui fakta, kadang2 mereka telan apa sahaja yang mereka dengar dan mudah terpedaya.

3. Kebijaksanaan juga bersifat subjektif dalam hukum politik. Bukan semestinya mempunyai kelayakkan akdemik yg tertinggi. Masyarakat memandang apakah faedah yg boleh disumbangkan oleh ahli politik. Jd di antara prestasi akdemik dan kefahaman terhadap kehendak2 masyarakat, keseimbangan antara dua perkara yang penting. Dalam hukum mudah, pemimpin mestilah cerdik dan pada masa yg sama masyarakat mendapat faedah daripada kecerdikan mereka.

4. Mencari populariti dlm politik juga tidak sukar. Cetuskan sahaja satu isu, kemudian buatlah provokasi. Sekelip mata pemimpin2 jenis ini akan popular. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Anwar Ibarahim, Mat Sabu, Ibrahim Ali, Bung Mokhtar dan Nazri Aziz.. semua ini adalah hero-hero utama politik Melaya. Mereka boleh mencetuskan suasana hangat di seluruh negara dengan sebaris ayat dari mulut mereka. Begitu juga dalam sektor yg lebih kecil, pemimpin2 setempat juga tidak kurang handal mencari publisiti. Sepasang kain pelekat juga adakalanya sudah cukup untuk menambat hati penyokong setia.

5. Pilihanraya kecil muncul lagi. Apakah krateria pemimpin yg dimahukan oleh rakyat Kelantan? Apakah pemimpin yg bijaksana yg mampu mengangkat martabat rakyat, atau mereka yg popular - yg selamanya hidup dalam retorik semata-mata. Entahlah.. Rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang unik sedikit. Keunikan mereka itulah yg mewarnai politik tanahair kita ini.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi

1. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Bulan penuh kemuliaan ini adalah kurniaan Allah yg tiada tolok bandingnya bagi hamba-hambanya yg merindui nikmat beramal ibadah. Ramadhan - awalnya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah kurniaan.

2. Orang2 Melayu beragama Islam di Tanah Melayu ini sejak dari kurun berzaman memakmurkan bulan mulia ini dengan amal ibadah seperti bersedekah, mengaji dan khatam Al Quran, menunaikan sembahyang sunat seperti taraweh, tasbih dan witir serta bertasbih di sepanjang malam. Ramadhan adalah bulan yang begitu terpelihara keagungannya berbanding bulan2 lain. Malah di bulan mulia ini pintu Neraka dikunci dan semua syaitan dirantai.

3. Ramadhan kebelakangan ini, apatah lagi semenjak internet menjadi trend kehidupan di Tanah Melayu ini, sudah berubah wajah dan corak seakan-akannya. Anak-anak muda mahu di kampung atau di kota, sudah tidak peduli utk memakmurkan masjid. Sebaliknya lebih leka bermain permainan internet dan melayan facebook, twitter dsb.

4. Bagi kelompok politik, Ramadhan disambut dengan slogan2 manis dan propaganda agar berbaik-baik - melupakan perbezaan politik. Malangnya tidak sampai pun sehari berpuasa, sudah ada pulak 'beruk2' yg memang tak reti bahasa (mungkin juga tidak pernah belajar agama) memulakan 'sengketa' dengan kata cerca bercampur fitnah yg sengaja direka. Seolah-olah kata2 dan perbuatan mereka tidak mendatangkan biar sekelumit dosa.

5. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah - ayat 183-185 yang maksudnya ..

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


6. Ada dua perkara sahaja yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita yang menjamin kita tidak sesat selama-lamanya iaitu Quran dan Hadith. Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersatu padu dan merapatkan ukhwah yang dituntut oleh agama. Allah berfirman dalam Surah Al Fath - ayat 27 & 28 yang maksudnya :-

"(Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. "


Wednesday, July 14, 2010

Antara konsep, pengertian dan pengisian.

1. Seorang pegawai tadbir muda kerajaan menyuarakan isihatinya. Dia bimbang dengan slogan yg dilancarkan oleh PM tidak dimengertikan oleh pegawai2 kerajaan dan pemimpin UMNO sendiri. Apabila PM meminta rakyat didahulukan, yg banyak berlaku seolah-olah rakyat diabaikan oleh golongan ini. Apabila PM meminta prestasi diutamakan, entah apa2 prestasi yg ditunjukkan oleh pemimpin2 tersebut. Malah ada juga menteri yg membuat tindakan yg berlawanan dgn kempen tersebut. Sebaik sahaja kempen dilancarkan, harga barangan asas pulak diumumkan naik.


2. Kata beliau lagi, UMNO masih memilih untuk melakukan banyak program2 retorik wpun UMNO sendiri menyedarinya. Setiapkali pemimpin utama turun melawat sesuatu kawasan, maka perbelanjaan utk mengadakan program tersebut adakalnya mencecah ratusan ribu ringgit. Kata beliau, alangkah baiknya jumlah sebanyak itu disalurkan terus utk membuat rumah PPRT dan membantu golongan miskin tegar di setiap kawasan. Mengapa perlu kita belanjakan wang sebanyak itu hanya utk mencari publisiti dan mengenepikan objektif utama kita untuk berkhidmat kepada rakyat?


3. Baru2 ini di dalam Perasmian UMNO Bhgn Pulai di Johor PM telah mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya jgn syok sendiri. Sebenarnya dahulu PM telahpun memberi peringatan supaya ' jangan buat kerja gila' nampaknya kali ini beliau berlembut sedikit di negeri kubu kuat UMNO itu. Akan tetapi, kalau diteliti sedalam-dalamnya (kalau sudah sampai ke tahap ini) teruk juga nampaknya prestasi pemimpin dan komitmen ahli parti UMNO. Agaknya apakah yang membuatkan beliau begitu terpanggil utk menyuarakan kebimbangan yg bersarang di isi hatinya itu di Johor? Apakah beliau mahu mengingatkan pemimpin2 UMNO Johor agar memelihara kekuatan UMNO ini baik2 supaya tidak goyah seperti UMNO di tempat2 lain? Ucapan sedemikian rupa, pada kebiasaannya cukuplah menjadi tanggungjawab seorang Ketua Penerangan UMNO sahaja. Apakah ini menandakan satu lagi jentera dan biro UMNO tidak berfungsi dan menunjukkan prestasi yang lemah?

4. Suka atau tidak, hakikatnya muafakat di dalam UMNO ini semakin lemah di sesetengah tempat. Di sebalik seruan supaya UMNO mesti pantas berubah supaya kekal relevan sepanjang masa sebagai wadah perjuangan bangsa dan agama, politik dalaman masih banyak berlaku sesama ahli dan pemimpin UMNO di setiap peringkat. Cerita2 mengenai kegagalan beberapa cawangan (termasuk sayap2 parti) bersidang akibat konflik dalaman parti adalah senario yang begitu membimbangkan. Kita menggesa supaya UMNO mengambil tindakan yang berkesan walaupun drastik. Pemimpin2 politik sebegini sepatutnya tidak dibiar utk terus berada di dalam parti. Mereka ini akan terus menjadi perasit yang akan merosakkan akar umbi perjuangan UMNO ini. Mereka ini juga menjadi punca sebahagian besar rakyat (yang dahulunya wpun tidak berparti tetapi menyokong kerajaan ) kini telah berubah memberi sokongan kepada pembangkang kerana bosan dan protes.

Monday, July 5, 2010

Sebuah Nostalgia Yg Pilu.

1. Kesian mendengar rintihan dan luahan seorang EXCO Pemuda UMNO dari utara tanah air. Wpun beliau seorang Ketua Pemuda Bahagian, tapi semua kerusi dalam bahagian beliau dikuasai oleh pembangkang. 3 oleh PAS , 1 oleh PKR. Pelik juga, Pemuda UMNO mengangkat EXCO daripada kawasan yang tewas. Tapi beliau kelihatan ok juga. Entah apa yg tak kena, tidaklah kita ketahui sangat. Memanglah kawasan jelapang kalau dilanda ribut, payah nak selamat.

2. Satu waktu dulu, sewaktu diminta menjadi ketua pemuda UMNO cawangan, aku menolak utk kali pertama, tp diminta juga. Kita pun terpaksa mengira anggaran duit utk dihanguskan demi perbelanjaan anak2 buah sepanjang tempoh tersebut. Ketika itu masih bujang, tak ada banyak liabiliti yg nak ditanggung kecuali nak bg duit belanja pada org tua saja. Ketua Cawangan pun pesan, jgn buat malu kompeni dan meminta-minta ke sana sini. Huh.. banyak juga syaratnya.

3. Aktiviti pemuda kg ini mudah saja. Asalkan selalu berjumpa ( memanglah jumpa hari2 sebab sekampung), duduk ngeteh sama2, main bola sepak, takraw dan badminton -- itu semua kita kena tanggung lah, kemudian sekali sekala buat makan2 mlm sikit kat rumah. Arwah datuk mulanya terkejut juga apahal budak2 datang ramai berkumpul. Lama2 dia suka pulak. Dah dia bercerita pasal zaman penjajah. Meloponglah mulut kami semua mendengar 'live story' betapa teruknya keadaan sebelum merdeka. Dah puas melantak, ada pulak yg bawa gitar tong. Sampai pukul 3 pagi lah baru semua balik ke rumah masing2.

4. Ketika menyambut ramadhan, kami sama2 gotong royong bersih kampung dan hias surau. Kena lagi duit belanja. Tak apa lah, tak kan dengan surau pun nak berkira. Duit2 api dan air surau tu kena tengok juga. Malam ramadhan, dah tentulah kena perambat anak2 buah ke surau tarawih. Soal cukup 21 rakaat atau tidak, itu lain cerita. Yg penting mesti hadir tunjuk muka. Kemudian bila nak raya, kena lagi hias kg. tapi semua itu dibuat dengan penuh semangat dan rasa gembira. Kadang2 ada juga abg2 dr bahagian lain ( kawan2 juga) yg datang minta bantuan sikit utk pgrm cwgn mereka. Alah bukan banyak pun, bg lah yg termampu. Yg pasti bila ramai yg tolong, jumlah yg sikit pun jd banyak. Betul tak?

6. Itu semua cerita dulu. Cerita nostalgia. Hari ini ketika berada di bahagian bertugas sebagai pegawai yg dilantik, dah kering air mata melihat gelagat anakmuda. Tapi tahan saja lah. Kata banyak2 pun, anak buah kita juga. Yg nyata memang jauh sangat semangatnya. Segalanya minta dibantu. Segalanya minta disuap. kalau tak dapat merajuk. Kalau ditegur melenting. Kadang2 tertanya-tanya juga, mengapa mereka beriya-iya mengejar jawatan itu dahulu. Bukankah perjuangan ini balasannya hanya sebuah maruah dan harga diri??

7. Usiaku telah hampir melepasi dunia pemuda. Biarlah aku menulis hari ini sementara kesempatan ini ada. Lagi pun aku tak mahu menjadi seperti kebanyakkan org yg menghentam pemuda selepas zaman mereka.

Thursday, May 20, 2010

Suara dari hujung benua

1. Sedih juga bila melihat gelagat pemimpin2 muda di peringkat Pemuda Bahagian yg masih dalam sentimen berpuak-puak walaupun KJ telah lama diisytiharkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia yg sah dari di sisi Perlembagaan UMNO. Nampaknya mereka lupa mereka datang dari lubuk yg sama. Nampaknya mereka lupa demokrasi itu apa maknanya.

2. Di Johor keadaannya hampir sama. Malah bg pendokong2 kuat kem yg kalah ini, mereka lebih dominan di alam Maya melalui blog dan laman2 social . Kita memuji usaha kuat mereka itu. Cuma yg tak berapa manis pula, dalam usaha mereka itu terselit juga artikel2 berunsurkan 'cemburu' kpd kem yg mentadbir Pemuda Negeri. Ada 'pro & con' dlm kes ini. Pertamanya Pemuda Johor tidak dapat dilihat sebagai Unit Media Baru yg dominan di peringkat nasional. Perkara ini telah lama disuarakan tapi nampaknya masih tiada tindakan. Tak pasti mengapa. Nak kata tak ada kepakaran, tidak mungkin! Jadi apabila rakan2 pemuda di negeri lain bertanya di mana UMB Pemuda Johor, kadang2 muka kami merah padam juga. Ini sepatutnya menjadi agenda utama Ketua Penerangan pemuda negeri, tapi beliau masih tidak respon.

3. Mengenai element 'yg tak berapa manis' tu, jgnlah cerita dalam kelambu dijaja ke sana ke mari. Akhirnya org lain akan melihat bahawa Pemuda negeri seolah-olah tidak mempunyai kesepakatan lagi. Kalau negeri seperti Johor ini tidak mampu menjaga perpaduan, negeri lain apa lagi??

4. Bekas PM , Tun Abdullah memberikan sedikit pandangan beliau mengenai 'tongkat' org Melayu yg kononnya menghalang Bangsa Melayu maju. Sebenarnya 50 tahun bukan usia matang bagi sesebuah bangsa merdeka. Bukan sahaja tongkat yg patut diberi, malah lebih lagi. Sepatutnya kita bg kereta siap dengan pemandunya sekali. Apa ertinya kemerdekaan ini jika Melayu merempat di tanah air sendiri? Kita bukan tidak hormat dan kenang jasa beliau sebagai bekas PM. Tapi sejarah telah menyaksikan kerosakan yg besar telah dibuat beliau semasa pemerintahannya. Jadi adalah baik beliau senyap sahaja kerana kita tahu percikan pandangan beliau, bukanlah idea yg terlalu bernas pun. Silap gaya, boleh melingkup pulak jadinya.

5. Di samping itu MCA pula tak sudah2 menuduh PERKASA sebagai faktor kemerosotan undi kaum cina. Sebenarnya apa yg berlaku hari ini MCA tidak turun padang seperti dulu. Contoh yg jelas, apabila BN menganjurkan program2 bersama, maka jumlah penyertaan ahli2 MCA sangat berkurangan. Maka seolah-olah kelihatan UMNO mendominasi BN. Bayangkan di dalam mana2 perhimpuan raksaksa , jumlah penyertaan ahli MCA ( juga MIC, PPP, Gerakan dll) tidak sampai 50% daripada jumlah keseluruhan. Apa maknanya statistik yg mudah ini? Tentulah maknanya mereka tidak kuat bekerja seperti org UMNO.

6. Hari ini apabila org Melayu mempunyai NGO yg kuat dan berani, bangsa lain mula memperlihatkan rasa sensitif yg tak bertempat. Sedangkan sejak dulu kaum Cina dan India diketahui menggunakan NGO2 yg ekstrim untuk mencpai objektif mereka. Kita tidak fikir bahawa Perkasa itu terlalu racist sampai sanggup meludah ke muka kaum2 lain. Mereka hanya bersuara bg pihak bangsa Melayu dan bertindak menjelaskan dan menjaga kepentingan bangsa Melayu sebagaimana yg termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi apa salah mereka?

Sunday, May 2, 2010

Cerita Blogger Muda .

1. Baru2 ini berlangsung pertemuan blogger2 negeri Johor yg diaturkan oleh kumpulan anakmuda yg menggelar kumpulan mereka sebagai agenda bangsa. Ia dibuat kecil-kecilan saja. Yg hadir kebanyakkannya blogger muda. Blogger2 senior seperti Tengku Putra tak ada. Tak tau kenapa.Entah dijemput entah tidak . Kecuali seorang blogger drp Ayer Hitam yg mempunyai alamat blog http://dunsemarang.blogspot.com.

2. Antara jemputan lain yg hadir adalah termasuk pegawai unit media kepada MB Johor. Beliau dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan majlis sedemikian kerana ia adalah peluang untuk kerajaan negri membina rangkaian penyaluran maklumat yg lebih berkesan kepada rakyat jelata terutama dalam menerangkan isu2 semasa.

3. Kawan2 blogger yg lain ada juga yg memberikan pendapat dan komen. Biasalah, blogger memang banyak pendapat dan komen. Samada pendapat dan komen itu berfeadah atau tidak itu soal lain. Banyak juga laman2 blog merapu hari ini (mengenai politik la.. blog yg jual kueh mueh tu lain cerita) . Maka ia tidak lebih daripada laman sampah sahaja. Tak berguna satu sen pun kata org kg.

4. Berkenaan sahabat yg memiliki blog dunsemarang.blogspot itu td, ramai juga yg terpegun dengan beliau. Beliau tidak mendapat pendidikan formalpun mengenai IT. Bermula dgn membeli buku mengenai cara2 membina blog,beliau kemudian mengembangkannya sehingga kini. Itulah kata org, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

5. Seorang teman pula - senior sewaktu di sekolah dulu. Masa di Tingkatan 6 dulu (waktu tu saya berada di tingkatan 5). Dulu, dia ni lembut sahaja orangnya, tak sangka pulak kini bukan main berapi dia bercakap. Jadi pada mlm itu saya apikan dia sikit suruh dia bercakap. Sebaik sahaja dia habis bercakap, saya ucapkan tahniah pada dia. Dia senyum kemudian ketawa.. "Aku juga yg buruk..ini semua ko punya idea lah suruh aku bercakap.." Kami kemudian bercerita tentang kenangan lama..

Sunday, April 18, 2010

Kepiluan Pejuang PAS dan Keadilan di Hulu Selangor

1. Sejak beberapa hari du Hulu Selangor ini nampaknya ada yg pelik berlaku kepada cyber trooper pembangkang. Mereka langsung tidak menyebut mengenai isu rasuah kali ini. Ini benar2 menghairankan. Kalau di Bagan Pinang dahulu, itulah isu besar apabila mereka menuduh UMNO cintakan rasuah kerana melantik Tan Sri Isa yg pernah dikaitkan dengan rasuah parti. Apakah sebabnya? Seorang rakan memberitahu.. Apa nak buat bro.. Calon mereka kali ni org yg melakukan kesalahan yg sama seperti Tan Sri Isa..! Owh.. saya terlupa. Saya mengaku, saya mudah lupa juga.. ekekekeke

2. Ada juga isu remeh seperti isu mewarnakan rambut oleh calon BN. Ini juga pelik. Beliau seorang yg bukan beragama Islam. Beliau tidak perlu berwuduk. Beliau juga tidak perlu mandi wajib. Jadi apa kaitannya warna rambut beliau dengan semua itu? Hanya kerana beliau ingin kelihatan lebih muda dan handsome sikit. Itu saja. Aik..handsome pun jelous? Susahlah macam tu..

3. Memang banyak suara tidak puas hati daripada akar umbi penyokong keadilan, malah sebahagian org PAS juga kecewa dgn pencalunan Zaid Ibrahim. Kpd org Keadilan, berapa lama sangatlah Zaid di dalam Keadilan berbanding mereka yg berjuang bermati-matian demi parti . Malah mereka belum lupa bahawa Zaid itu bekas seorang menteri daripada UMNO. Bg sebahagian org PAS pula tentulah mereka lebih kenal peribadi Zaid. Mereka tidak akan lupa apa yg dilakukan oleh Zaid termasuk menyaman PAS berkenaan hukum HUDUD. Jd apabila Hj Hadi mengatakan itu semua cerita lama, tentulah mereka kecewa merana. Kecewa dan merana bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan Hj. Hadi. Tapi mereka kecewa kerana Hj. Hadi pula tiba2 begitu mudah melupakan parut luka tikaman Zaid kepada PAS. Hj Hadi memaafkan Zaid, semata2 utk menunjukkan taat setia PAS dalam Pakatan Rakyat. Maka ada juga sahabat PAS yg terkedu dan tersedu.. Semoga Allah tabahkan hati kamu wahai Ansorullah..! Politik ini telah memperdaya kamu..

4. Berita terkini mengatakan bahawa Ketua AMK Shah Alam telah keluar parti kerana protes terhadap pemilihan Zaid. Ini alamat tak baik kalau mengikut firasat org tua2. Tapi sepertimana biasa, sekejap lagi Anuar akan memperlihatkan bakatnya yg paling hebat sebagai JUARA SPIN RAKYAT MALAYSIA' (Itulah saja yg dia tahu agaknya). Jadi kita nantikan saja apa yg bakal di auta kannya.. Ekeke

Sunday, April 11, 2010

Jgn Buat Gila

1. Apalah yg tak kita sebut dan dilaungkan sejak terlepas majoriti 2/3 di dalam PRU yg lepas. Yang paling kerap ialah slogan 'BERUBAH ATAU REBAH !'. Lalu UMNO pun ubah presiden mereka. MCA juga sudah berubah presiden beberapa hari lepas. ( cuma MIC yg tak berubah lagi.. lama dah tu!) Puhh memang champion! PAS dan DAP tak berani (dan tak akan berani berubah sejauh itu) Gila benarlah mereka nak ubah kerusi presiden mereka. Kalau tak ada Hj Hadi dan Nik Aziz sebagai leader dlm PAS .. nescaya PAS akan bertukar jadi GAGAL (Bukan gagap ye.. yg gagap tu di Selangor). Dalam kalau DAP tukar Lim KIt Siang dan Karpal Singh .. maka ia bukan DAP lagi. Brgkali boleh disebut MAP, LAP atau apa2 salah perkataan yg sesuai yg ikut sedap mulut kita. PKR pun sama juga. Kalau tak kerana Anwar.. hendak disebut pun rasa mcm tawar..

2. Respon yg didapati drp akar umbi dan pengundi di Hulu Selangor ini, isu yg mesti ditangani oleh BN ialah isu calon, bukan isu parti calon. Kenapa pengundi di Hulu Selangor memilih allayarham Datuk Dr Zainal, sila lihat kepada sejarah politik beliau. Org di Hulu Selangor lebih selesa dan percaya kepadanya berbanding dgn penyandang jawatan sebelum ini. Tentang komplen dan komen negatif terhadap bekas penyandang jawatan drp BN itu, tak payahlah kita sebut. Tapi sesuai dengan slogan kita di atas 'BERUBAH ATAU REBAH !'. , rasanya ada baik kita duduk mencangkung atau baring terlentang melihat ke langit memikirkan apakah patut kita tonjolkan lagi org yg dah ditolak.

3. Ini bukanlah soal nak menjaga beberapa kerat hati pemimpin komponen. (Kadang2 dia tak pun jaga hati kita juga dengan perkataan2 dan tindakan2 mereka !) Ini soal hendak menjaga hati rakyat dan pengundi di kawasan tersebut. Kalau dalam soal calon pun mereka kecewa, agak2 nya apa pilihan mereka? Dulu bila mereka kecewa dengan kepimpinan yg lepas, mereka buat undi protes dlm PRU. Maka kita pun nyaris rebah (mujurlah tak melingkup) . Tapi 5 negeri dah terlingkup termasuk negeri yg tak disangka2 seperti Perak, Penang dan Kedah..

4. Dato Najib pernah dalam ucapannya menjelaskan beberapa makna GILA. Yg pertama ialah gila yg kita semua faham. Bila kita tengok org bercakap sorang2, dia bertanya, kemudian dia jawab sendiri. Itu confirmlah gila. Yg kedua kata beliau, ialah mengenai sikap kita yg tak paham atau sengaja buat2 tak faham (dlm bahasa yg mulia disebut TAK RETI BAHASA ) kepada kehendak org lain. Disebabkan kita nak menjaga kepentingan dan pengikut , kita buat benda yg walaupun org lain kata benda yg kita buat tu tak berfaedah langsung , tp kita buat juga. Itu pun satu jenis gila juga ! (Nota : TAK RETI BAHASA tu bukan perkataan PM.. Itu perkataan cucu lanun supaya kita mudah faham)


5. Kebanyakkan org muda hari ini tidak mahir dengan budaya gurindam dan seloka. Mereka (termasuk yg menulis ni) adalah generasi pasca merdeka yg tak pernah melalui pahit maung penderitaan pejuang2 negara terdahulu. Jadi jgnlah bercakap bahasa retorik kpd mereka. Mereka lebih utamakan 'fact & figure'. Mereka mahu suara mereka didengar dan diberi perhatian. Kita perlu lebih respon kepada kehendak golongan ini. Tak ada gunanya kita terpekik terlolong di pentas2 ceramah dengan mendabik dada mengatakan kita juara, tapi di hati mereka kita adalah org asing yg tak pernah faham apa lagi cuba mendengar suara hati mereka. Mungkin kita boleh menjadi juara di atas pentas. Tapi di atas kertas undi nanti , apakah kita juga juara di hati mereka? Mari kita beristiqamah di pagi mulia ini.

12 April Hulu Selangor

Thursday, April 8, 2010

Sejarah Semakin Tak Bermakna?

1. Banyak akhbar telah melaporkan mengenai ucapan Datuk Seri Noh Omar di dalam konvensyen UMNO Selangor yg kononnya mengguris perasaan pemimpin parti2 komponen lain. Sekali lagi kita terperangkap dlm isu ini. Kalau kita ingat, beberapa bulan sudah Datuk Nasir Safar juga telah mencetuskan keadaan 'panas' ini dengan ucapan beliau di Melaka yg akhirnya membawa kpd pengundurannya sebagai Pegawai Penerangan Khas kepada PM.

2. Kedua2 isu ini membawa kepada satu persoalan yg sekian lama kita takuti. Org2 Melayu tidak boleh bercakap mengenai sejarah lagi. Lebih teruk, org Melayu tidak boleh merujuk kepada istilah asal negara Malaysia iaitu Malaya atau Tanah Melayu. Jika org Melayu menyebut sejarah, mereka dituduh merosakkan keharmornian kaum dan menyinggung perasaan hati kaum2 lain. Maka isu lain yg timbul ialah org Melayu kononnya tidak menghargai sumbangan kaum2 lain dalam pembentukkan kemakmuran Malaysia .

3. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil langkah tegas menangani isu ini dengan berkesan. Semakin lama isu ini berlegar tanpa penyelesaian, ia akan merosakkan perpaduan dan keharmonian kaum dalam jangkamasa panjang. Ditambah dengan trend pembangkang yg menggunakan propaganda yg aggresif dalam mencari pengaruh politik mereka, isu ini memang seperti pucuk dicita ulam mendatang.

4. Ramai org kini bercakap dan tertarik dgn Perkasa apatah lg setelah Tun Mahatir sendiri memberikan sokongan kepada NGO tersebut. Ia dianggap sebagai satu struktur yang berfungsi melakukan 'interest articulation' yang berfungsi mengenal pasti dan menyuarakan kepentingan Melayu. Ini satu perkembangan menarik. Tak dapat dinafikan Tun Mahathir mempunyai personaliti dan karisma yg begitu kuat kepada pengikut mahupun musuh politik beliau. Sebab itu apa sahaja idea dan tindakan beliau, ia akan memberikan impak yg besar. Akan tetapi secara jujurnya pada masa ini, Perkasa barangkali lebih tertonjol sebagai satu "gerakan massa" (mass movement) untuk membangkitkan kesedaran dan mengembeleng semangat. Fungsi selebihnya masih kekal dipegang oleh UMNO, parti keramat yg membawa Org Melayu keluar daripada belenggu penjajah di tanah air mereka.

Buatlah Sesuatu Yg Praktikal.

1. Setiapkali musim pilihanraya kecil, selalu kita dengar istilah kawasan 'anak emas' atau 'anak angkat'. Kali ini belum kedengaran lagi. Harap2 tak begitu. Kenapa pulak hanya bila tiba musim pilihanraya baru kita nak memberi emas dan 'laba' kepada kawasan tersebut? Bukankah kita berkhidmat setiap masa dan ketika demi rakyat yg mengundi kita?

2. Di musim pilihanraya juga, akan terkeluar pelbagai janji2 yg menyedapkan hati untuk meraih undi. Ini pun satu bab lagi. Janji yang lama tak tertunai, janji baru pula hendak dibuat. Lama-lama, janji tinggal janji dan pengundi akan buat undi protes lagi. Pengalaman telah membuktikan semua itu. Atau kita yg dungu tak paham2? Jawablah sendiri.

3. Sekali lagi Dato Najib telah menegaskan soal perpaduan,permuafakatan dan kerja kuat. Yg penting semangat berpasukan dalam BN. Ini bukan soal kalah menang kepada parti. Ini soal kalah menang kepada BN. Jadi tak timbul soal calon MIC atau UMNO. Kalau menang kita raikan bersama. Kalau kalah akibatnya pun ditanggung bersama-sama.

4. Teringat ucapan penggulungan beliau di perhimpunan agung UMNO yg lepas. Kita mesti berussss pemikiran org2 kita yg tak faham dengan kehendak dan aspirasi parti. Nampaknya memang benar, beliau mengotakan perkataan beliau. Sejauh ini beliu bercakap dengan bahasa yg mudah difahami dan diikuti pula oleh tindakan yg pantas dan berkesan. Dalam satu keadaan ketika bercuti pun beliau masih sempat meluluskan peruntukan.

5. Inilah jati diri pemimpin yg ditunggu oleh rakyat. Walaupun kepada sebahagian musuh politik beliau, mereka cuba memusingkan fakta ini tapi apa yg nyata kini banyak suara dari penghuni kota dan ceruk2 desa yg memuji pendekatan beliau yg menyamai Allahyarham Tun Razak yg sentiasa dekat kepada rakyat. Pendekatan beliau yg praktikal benar2 telah meletakkan beliau menjadi JUARA RAKYAT !

Wednesday, April 7, 2010

Utamakan Objektif Parti

1. Dah berulang-ulang dipesan. Dah jenuh (byk kali) Dato' Najib menyebut jangan buat spekulasi. Tapi semakin diulang, semakin galak pula spekulasi itu dibuat. Masalahhnya bukan sahaja drp pihak lawan, malah daripada pihak kita sendiri. Kata org tua2 .. "mcm tak reti bahasa .."

2. Memang betul, prestasi MIC begitu buruk dalam pilihanraya yg lepas. Presiden MIC pun tewas. Kita bukan tak maklum masalah mereka. Tapi apa boleh kita buat? Takkan UMNO nak campur urusan dalaman parti mereka?

3. Kerusi di Hulu Selangor adalah hak parti mereka. Terimalah kenyataan itu atas dasar permuafakatan. Adat berkawan, ketika mereka susah dah lemah, kita bantulah apa terdaya, bukan menghentam mereka. Lagipun yg kita menyampah dan meluat tu, 2-3 kerat saja. Takkanlah kita geram pada seluruh warga MIC? Tak patutlah pulak begitu. Ingat ketika UMNO dilanda krisis dan lemah akibat isu DSAI dahulu, parti2 komponenlah yg membantu kita mengekalkan majoriti 2/3 ketika itu. Maka janganlah mudah lupa jasa dan pertolongan mereka.

4. Perkasa nampaknya menunjukkan suara yg lantang dalam isu2 mengenai org Melayu sejak akhir2 ini. Tapi sejauhmana ia mampu bertahan dan kekal pada objektifnya, itu kita tidak pasti. Harap2 rumah baru NGO Melayu ini dibuat daripada bahan binaan yg baik dan mempunyai tukang2 yg handal. Jangan pulak nanti belum sampai sekerat jalan, ketua tukang lari, rumah terbengkalai. Rupanya dia pergi buat rumah lain pulak. Dari pengalaman2 yg lepas, banyak kali berlaku begitu. Harap2 tidak kali ini. Janganlah terlompat2 lagi hendaknya.

5. Pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini amat besar maknanya kepada BN. Marilah kita bersatu padu dan bekerja kuat dalam memastikan kemenangan kita. Dalam perjuangan, objektif parti mendahului kepentingan peribadi. Itu semua org faham. Tapi masalahnya ramai juga yg buat2 tak faham. Itulah masalah kita hari ini. Kepentingan peribadi mendahului objektif parti.

Monday, March 22, 2010

Semoga Lebih Baik.

1. Kita masih tidak mahu belajar daripada pengalaman pahit kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

2. Kehilangan majoriti itu telah membuatkan BN dilanda krisis imej yang begitu teruk. Ditambah oleh krisis dalaman yg berlaku kepada parti komponen seperti MIC dan MCA, UMNO nampaknya berjuang sendirian ketika ini mempertahankan imej sebagai nadi kerajaan.

3. Kita berharap akan ada penyelesaian positif di dalam MCA yang akan mengadakan pemilihan semula kepimpinan mereka tidak lama lagi. Sebabnya mudah. Jika MCA lemah, bagaimana kita menjangkakan sokongan kaum Cina kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang?

4. Pun begitu, UMNO juga perlu bertindak pantas memperbaiki imej parti dengan perlaksanaan dasar2 baru yg boleh diterima rakyat (dlm isitilah politik baru dipanggil Juara Rakyat). Kita tidak mahu slogan hanya tinggal slogan tapi tidak ada kesan yang dirasai di peringkat rakyat.

5. Ada juga suara2 yg mempersoalkan kenapa UMNO memilih slogan Juara Rakyat berbanding Pembela Rakyat? Sudah jadi lumrah dunia, orang suka mempersoalkan semua perkara. Kita pun begitu. Tapi tak mengapalah. Rakyat bukan melihat kepada tema. Rakyat hanya mengharapkan sebuah keadaan stabil yang boleh memacu negara ke keadaan yang lebih baik.

Wednesday, March 17, 2010

Akaun Baru

1. Saya minta maaf. Akaun lama Cucu Lanun ntah ke mana ghaibnya. Puas habis segala benda yg berkenaan lanun saya taip, tapi engin carian google ni tak dapat2 mencarinya. Jadi daripada laptop ni saya hempas bertarai, saya ambil tindakan yg sedikit bijak ; buat blog baru. Bukan susah sangat pun.. ye tak?

2. Ada juga kawan2 yg berguling ketawa depan TV kerana ilmu ghaib saya terlalu tinggi. Ghaib sampai tak dapat dicari-cari. Apa nak dikata lagi? Tadah sajalah telinga, walaupun terasa macam nak bernanah.. Ekeke.

3. Akhirnya saya mendapat pengalaman yang berharga - hargailah apa yang telah kita buat dengan usaha dan kesungguhan kita. Jika tidak, ia boleh hilang sekelip mata kerana kelalaian kita.

4. Kepada kawan2 yg dulunya jd tukang promosi, nampaknya anda kena buat kerja tu sekali lagi. ekeke.

5. Selamat bertemu kembali

Cucu Lanun.