Monday, July 5, 2010

Sebuah Nostalgia Yg Pilu.

1. Kesian mendengar rintihan dan luahan seorang EXCO Pemuda UMNO dari utara tanah air. Wpun beliau seorang Ketua Pemuda Bahagian, tapi semua kerusi dalam bahagian beliau dikuasai oleh pembangkang. 3 oleh PAS , 1 oleh PKR. Pelik juga, Pemuda UMNO mengangkat EXCO daripada kawasan yang tewas. Tapi beliau kelihatan ok juga. Entah apa yg tak kena, tidaklah kita ketahui sangat. Memanglah kawasan jelapang kalau dilanda ribut, payah nak selamat.

2. Satu waktu dulu, sewaktu diminta menjadi ketua pemuda UMNO cawangan, aku menolak utk kali pertama, tp diminta juga. Kita pun terpaksa mengira anggaran duit utk dihanguskan demi perbelanjaan anak2 buah sepanjang tempoh tersebut. Ketika itu masih bujang, tak ada banyak liabiliti yg nak ditanggung kecuali nak bg duit belanja pada org tua saja. Ketua Cawangan pun pesan, jgn buat malu kompeni dan meminta-minta ke sana sini. Huh.. banyak juga syaratnya.

3. Aktiviti pemuda kg ini mudah saja. Asalkan selalu berjumpa ( memanglah jumpa hari2 sebab sekampung), duduk ngeteh sama2, main bola sepak, takraw dan badminton -- itu semua kita kena tanggung lah, kemudian sekali sekala buat makan2 mlm sikit kat rumah. Arwah datuk mulanya terkejut juga apahal budak2 datang ramai berkumpul. Lama2 dia suka pulak. Dah dia bercerita pasal zaman penjajah. Meloponglah mulut kami semua mendengar 'live story' betapa teruknya keadaan sebelum merdeka. Dah puas melantak, ada pulak yg bawa gitar tong. Sampai pukul 3 pagi lah baru semua balik ke rumah masing2.

4. Ketika menyambut ramadhan, kami sama2 gotong royong bersih kampung dan hias surau. Kena lagi duit belanja. Tak apa lah, tak kan dengan surau pun nak berkira. Duit2 api dan air surau tu kena tengok juga. Malam ramadhan, dah tentulah kena perambat anak2 buah ke surau tarawih. Soal cukup 21 rakaat atau tidak, itu lain cerita. Yg penting mesti hadir tunjuk muka. Kemudian bila nak raya, kena lagi hias kg. tapi semua itu dibuat dengan penuh semangat dan rasa gembira. Kadang2 ada juga abg2 dr bahagian lain ( kawan2 juga) yg datang minta bantuan sikit utk pgrm cwgn mereka. Alah bukan banyak pun, bg lah yg termampu. Yg pasti bila ramai yg tolong, jumlah yg sikit pun jd banyak. Betul tak?

6. Itu semua cerita dulu. Cerita nostalgia. Hari ini ketika berada di bahagian bertugas sebagai pegawai yg dilantik, dah kering air mata melihat gelagat anakmuda. Tapi tahan saja lah. Kata banyak2 pun, anak buah kita juga. Yg nyata memang jauh sangat semangatnya. Segalanya minta dibantu. Segalanya minta disuap. kalau tak dapat merajuk. Kalau ditegur melenting. Kadang2 tertanya-tanya juga, mengapa mereka beriya-iya mengejar jawatan itu dahulu. Bukankah perjuangan ini balasannya hanya sebuah maruah dan harga diri??

7. Usiaku telah hampir melepasi dunia pemuda. Biarlah aku menulis hari ini sementara kesempatan ini ada. Lagi pun aku tak mahu menjadi seperti kebanyakkan org yg menghentam pemuda selepas zaman mereka.

No comments:

Post a Comment