Sunday, April 18, 2010

Kepiluan Pejuang PAS dan Keadilan di Hulu Selangor

1. Sejak beberapa hari du Hulu Selangor ini nampaknya ada yg pelik berlaku kepada cyber trooper pembangkang. Mereka langsung tidak menyebut mengenai isu rasuah kali ini. Ini benar2 menghairankan. Kalau di Bagan Pinang dahulu, itulah isu besar apabila mereka menuduh UMNO cintakan rasuah kerana melantik Tan Sri Isa yg pernah dikaitkan dengan rasuah parti. Apakah sebabnya? Seorang rakan memberitahu.. Apa nak buat bro.. Calon mereka kali ni org yg melakukan kesalahan yg sama seperti Tan Sri Isa..! Owh.. saya terlupa. Saya mengaku, saya mudah lupa juga.. ekekekeke

2. Ada juga isu remeh seperti isu mewarnakan rambut oleh calon BN. Ini juga pelik. Beliau seorang yg bukan beragama Islam. Beliau tidak perlu berwuduk. Beliau juga tidak perlu mandi wajib. Jadi apa kaitannya warna rambut beliau dengan semua itu? Hanya kerana beliau ingin kelihatan lebih muda dan handsome sikit. Itu saja. Aik..handsome pun jelous? Susahlah macam tu..

3. Memang banyak suara tidak puas hati daripada akar umbi penyokong keadilan, malah sebahagian org PAS juga kecewa dgn pencalunan Zaid Ibrahim. Kpd org Keadilan, berapa lama sangatlah Zaid di dalam Keadilan berbanding mereka yg berjuang bermati-matian demi parti . Malah mereka belum lupa bahawa Zaid itu bekas seorang menteri daripada UMNO. Bg sebahagian org PAS pula tentulah mereka lebih kenal peribadi Zaid. Mereka tidak akan lupa apa yg dilakukan oleh Zaid termasuk menyaman PAS berkenaan hukum HUDUD. Jd apabila Hj Hadi mengatakan itu semua cerita lama, tentulah mereka kecewa merana. Kecewa dan merana bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan Hj. Hadi. Tapi mereka kecewa kerana Hj. Hadi pula tiba2 begitu mudah melupakan parut luka tikaman Zaid kepada PAS. Hj Hadi memaafkan Zaid, semata2 utk menunjukkan taat setia PAS dalam Pakatan Rakyat. Maka ada juga sahabat PAS yg terkedu dan tersedu.. Semoga Allah tabahkan hati kamu wahai Ansorullah..! Politik ini telah memperdaya kamu..

4. Berita terkini mengatakan bahawa Ketua AMK Shah Alam telah keluar parti kerana protes terhadap pemilihan Zaid. Ini alamat tak baik kalau mengikut firasat org tua2. Tapi sepertimana biasa, sekejap lagi Anuar akan memperlihatkan bakatnya yg paling hebat sebagai JUARA SPIN RAKYAT MALAYSIA' (Itulah saja yg dia tahu agaknya). Jadi kita nantikan saja apa yg bakal di auta kannya.. Ekeke

Sunday, April 11, 2010

Jgn Buat Gila

1. Apalah yg tak kita sebut dan dilaungkan sejak terlepas majoriti 2/3 di dalam PRU yg lepas. Yang paling kerap ialah slogan 'BERUBAH ATAU REBAH !'. Lalu UMNO pun ubah presiden mereka. MCA juga sudah berubah presiden beberapa hari lepas. ( cuma MIC yg tak berubah lagi.. lama dah tu!) Puhh memang champion! PAS dan DAP tak berani (dan tak akan berani berubah sejauh itu) Gila benarlah mereka nak ubah kerusi presiden mereka. Kalau tak ada Hj Hadi dan Nik Aziz sebagai leader dlm PAS .. nescaya PAS akan bertukar jadi GAGAL (Bukan gagap ye.. yg gagap tu di Selangor). Dalam kalau DAP tukar Lim KIt Siang dan Karpal Singh .. maka ia bukan DAP lagi. Brgkali boleh disebut MAP, LAP atau apa2 salah perkataan yg sesuai yg ikut sedap mulut kita. PKR pun sama juga. Kalau tak kerana Anwar.. hendak disebut pun rasa mcm tawar..

2. Respon yg didapati drp akar umbi dan pengundi di Hulu Selangor ini, isu yg mesti ditangani oleh BN ialah isu calon, bukan isu parti calon. Kenapa pengundi di Hulu Selangor memilih allayarham Datuk Dr Zainal, sila lihat kepada sejarah politik beliau. Org di Hulu Selangor lebih selesa dan percaya kepadanya berbanding dgn penyandang jawatan sebelum ini. Tentang komplen dan komen negatif terhadap bekas penyandang jawatan drp BN itu, tak payahlah kita sebut. Tapi sesuai dengan slogan kita di atas 'BERUBAH ATAU REBAH !'. , rasanya ada baik kita duduk mencangkung atau baring terlentang melihat ke langit memikirkan apakah patut kita tonjolkan lagi org yg dah ditolak.

3. Ini bukanlah soal nak menjaga beberapa kerat hati pemimpin komponen. (Kadang2 dia tak pun jaga hati kita juga dengan perkataan2 dan tindakan2 mereka !) Ini soal hendak menjaga hati rakyat dan pengundi di kawasan tersebut. Kalau dalam soal calon pun mereka kecewa, agak2 nya apa pilihan mereka? Dulu bila mereka kecewa dengan kepimpinan yg lepas, mereka buat undi protes dlm PRU. Maka kita pun nyaris rebah (mujurlah tak melingkup) . Tapi 5 negeri dah terlingkup termasuk negeri yg tak disangka2 seperti Perak, Penang dan Kedah..

4. Dato Najib pernah dalam ucapannya menjelaskan beberapa makna GILA. Yg pertama ialah gila yg kita semua faham. Bila kita tengok org bercakap sorang2, dia bertanya, kemudian dia jawab sendiri. Itu confirmlah gila. Yg kedua kata beliau, ialah mengenai sikap kita yg tak paham atau sengaja buat2 tak faham (dlm bahasa yg mulia disebut TAK RETI BAHASA ) kepada kehendak org lain. Disebabkan kita nak menjaga kepentingan dan pengikut , kita buat benda yg walaupun org lain kata benda yg kita buat tu tak berfaedah langsung , tp kita buat juga. Itu pun satu jenis gila juga ! (Nota : TAK RETI BAHASA tu bukan perkataan PM.. Itu perkataan cucu lanun supaya kita mudah faham)


5. Kebanyakkan org muda hari ini tidak mahir dengan budaya gurindam dan seloka. Mereka (termasuk yg menulis ni) adalah generasi pasca merdeka yg tak pernah melalui pahit maung penderitaan pejuang2 negara terdahulu. Jadi jgnlah bercakap bahasa retorik kpd mereka. Mereka lebih utamakan 'fact & figure'. Mereka mahu suara mereka didengar dan diberi perhatian. Kita perlu lebih respon kepada kehendak golongan ini. Tak ada gunanya kita terpekik terlolong di pentas2 ceramah dengan mendabik dada mengatakan kita juara, tapi di hati mereka kita adalah org asing yg tak pernah faham apa lagi cuba mendengar suara hati mereka. Mungkin kita boleh menjadi juara di atas pentas. Tapi di atas kertas undi nanti , apakah kita juga juara di hati mereka? Mari kita beristiqamah di pagi mulia ini.

12 April Hulu Selangor

Thursday, April 8, 2010

Sejarah Semakin Tak Bermakna?

1. Banyak akhbar telah melaporkan mengenai ucapan Datuk Seri Noh Omar di dalam konvensyen UMNO Selangor yg kononnya mengguris perasaan pemimpin parti2 komponen lain. Sekali lagi kita terperangkap dlm isu ini. Kalau kita ingat, beberapa bulan sudah Datuk Nasir Safar juga telah mencetuskan keadaan 'panas' ini dengan ucapan beliau di Melaka yg akhirnya membawa kpd pengundurannya sebagai Pegawai Penerangan Khas kepada PM.

2. Kedua2 isu ini membawa kepada satu persoalan yg sekian lama kita takuti. Org2 Melayu tidak boleh bercakap mengenai sejarah lagi. Lebih teruk, org Melayu tidak boleh merujuk kepada istilah asal negara Malaysia iaitu Malaya atau Tanah Melayu. Jika org Melayu menyebut sejarah, mereka dituduh merosakkan keharmornian kaum dan menyinggung perasaan hati kaum2 lain. Maka isu lain yg timbul ialah org Melayu kononnya tidak menghargai sumbangan kaum2 lain dalam pembentukkan kemakmuran Malaysia .

3. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil langkah tegas menangani isu ini dengan berkesan. Semakin lama isu ini berlegar tanpa penyelesaian, ia akan merosakkan perpaduan dan keharmonian kaum dalam jangkamasa panjang. Ditambah dengan trend pembangkang yg menggunakan propaganda yg aggresif dalam mencari pengaruh politik mereka, isu ini memang seperti pucuk dicita ulam mendatang.

4. Ramai org kini bercakap dan tertarik dgn Perkasa apatah lg setelah Tun Mahatir sendiri memberikan sokongan kepada NGO tersebut. Ia dianggap sebagai satu struktur yang berfungsi melakukan 'interest articulation' yang berfungsi mengenal pasti dan menyuarakan kepentingan Melayu. Ini satu perkembangan menarik. Tak dapat dinafikan Tun Mahathir mempunyai personaliti dan karisma yg begitu kuat kepada pengikut mahupun musuh politik beliau. Sebab itu apa sahaja idea dan tindakan beliau, ia akan memberikan impak yg besar. Akan tetapi secara jujurnya pada masa ini, Perkasa barangkali lebih tertonjol sebagai satu "gerakan massa" (mass movement) untuk membangkitkan kesedaran dan mengembeleng semangat. Fungsi selebihnya masih kekal dipegang oleh UMNO, parti keramat yg membawa Org Melayu keluar daripada belenggu penjajah di tanah air mereka.

Buatlah Sesuatu Yg Praktikal.

1. Setiapkali musim pilihanraya kecil, selalu kita dengar istilah kawasan 'anak emas' atau 'anak angkat'. Kali ini belum kedengaran lagi. Harap2 tak begitu. Kenapa pulak hanya bila tiba musim pilihanraya baru kita nak memberi emas dan 'laba' kepada kawasan tersebut? Bukankah kita berkhidmat setiap masa dan ketika demi rakyat yg mengundi kita?

2. Di musim pilihanraya juga, akan terkeluar pelbagai janji2 yg menyedapkan hati untuk meraih undi. Ini pun satu bab lagi. Janji yang lama tak tertunai, janji baru pula hendak dibuat. Lama-lama, janji tinggal janji dan pengundi akan buat undi protes lagi. Pengalaman telah membuktikan semua itu. Atau kita yg dungu tak paham2? Jawablah sendiri.

3. Sekali lagi Dato Najib telah menegaskan soal perpaduan,permuafakatan dan kerja kuat. Yg penting semangat berpasukan dalam BN. Ini bukan soal kalah menang kepada parti. Ini soal kalah menang kepada BN. Jadi tak timbul soal calon MIC atau UMNO. Kalau menang kita raikan bersama. Kalau kalah akibatnya pun ditanggung bersama-sama.

4. Teringat ucapan penggulungan beliau di perhimpunan agung UMNO yg lepas. Kita mesti berussss pemikiran org2 kita yg tak faham dengan kehendak dan aspirasi parti. Nampaknya memang benar, beliau mengotakan perkataan beliau. Sejauh ini beliu bercakap dengan bahasa yg mudah difahami dan diikuti pula oleh tindakan yg pantas dan berkesan. Dalam satu keadaan ketika bercuti pun beliau masih sempat meluluskan peruntukan.

5. Inilah jati diri pemimpin yg ditunggu oleh rakyat. Walaupun kepada sebahagian musuh politik beliau, mereka cuba memusingkan fakta ini tapi apa yg nyata kini banyak suara dari penghuni kota dan ceruk2 desa yg memuji pendekatan beliau yg menyamai Allahyarham Tun Razak yg sentiasa dekat kepada rakyat. Pendekatan beliau yg praktikal benar2 telah meletakkan beliau menjadi JUARA RAKYAT !

Wednesday, April 7, 2010

Utamakan Objektif Parti

1. Dah berulang-ulang dipesan. Dah jenuh (byk kali) Dato' Najib menyebut jangan buat spekulasi. Tapi semakin diulang, semakin galak pula spekulasi itu dibuat. Masalahhnya bukan sahaja drp pihak lawan, malah daripada pihak kita sendiri. Kata org tua2 .. "mcm tak reti bahasa .."

2. Memang betul, prestasi MIC begitu buruk dalam pilihanraya yg lepas. Presiden MIC pun tewas. Kita bukan tak maklum masalah mereka. Tapi apa boleh kita buat? Takkan UMNO nak campur urusan dalaman parti mereka?

3. Kerusi di Hulu Selangor adalah hak parti mereka. Terimalah kenyataan itu atas dasar permuafakatan. Adat berkawan, ketika mereka susah dah lemah, kita bantulah apa terdaya, bukan menghentam mereka. Lagipun yg kita menyampah dan meluat tu, 2-3 kerat saja. Takkanlah kita geram pada seluruh warga MIC? Tak patutlah pulak begitu. Ingat ketika UMNO dilanda krisis dan lemah akibat isu DSAI dahulu, parti2 komponenlah yg membantu kita mengekalkan majoriti 2/3 ketika itu. Maka janganlah mudah lupa jasa dan pertolongan mereka.

4. Perkasa nampaknya menunjukkan suara yg lantang dalam isu2 mengenai org Melayu sejak akhir2 ini. Tapi sejauhmana ia mampu bertahan dan kekal pada objektifnya, itu kita tidak pasti. Harap2 rumah baru NGO Melayu ini dibuat daripada bahan binaan yg baik dan mempunyai tukang2 yg handal. Jangan pulak nanti belum sampai sekerat jalan, ketua tukang lari, rumah terbengkalai. Rupanya dia pergi buat rumah lain pulak. Dari pengalaman2 yg lepas, banyak kali berlaku begitu. Harap2 tidak kali ini. Janganlah terlompat2 lagi hendaknya.

5. Pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini amat besar maknanya kepada BN. Marilah kita bersatu padu dan bekerja kuat dalam memastikan kemenangan kita. Dalam perjuangan, objektif parti mendahului kepentingan peribadi. Itu semua org faham. Tapi masalahnya ramai juga yg buat2 tak faham. Itulah masalah kita hari ini. Kepentingan peribadi mendahului objektif parti.