Sunday, April 17, 2011

Sayang Sarawak Sungainya Sempit

1. Seperti diramal BN memperolehi kemenangan 2/3 dlm pilihanraya di Negeri Sarawak. Di sebalik petunjuk positif itu, BN tewas pula di kawasan yg majoritinya kaum Dayak.Ini satu prkara yg perlu diberi perhatian segera. Sesetengah penganalisa berkata, keadaan ini berlaku kerana BN masih mengekal muka2 lama di kawasan tersebut. Malah ada juga laporan melalui media baru spt twitter & FB, mengatakan perpecahan dan sabotaj berlaku kepada calon BN itu.

2. Di sebalik keangkuhan PKR mengemudi jentera kempen pembangkang DAP terus mengungguli dengan kemenangan di 10 kerusi. Sementara itu malapetaka menimpa PAS dgn kekalahan di semua kerusi yg ditandingi. Hari ini ramai ahli PAS di akar umbi seluruh negara termenung, mencangkung ( ada juga terlentang & meniarap) berkerut2 dahi memikirkan apalah bodohnya pemimpin mereka selama ini menjadi pencacai kpd DAP dan PKR. Tetapi sudah jd lumrah kpd pengikut dan penyokong parti ini, mereka meredakannya dgn semangat 'redha lg meredhai' Tak apa lah parti mereka kalah, asalkan pakatan mereka menang. Tak apa lah kalau mereka dikudakan, asalkan UMNO tidak dilihat begitu kuat.

3. Kalau diperhatikan sejak beberapa PRK sperti di Tenang, Merlimau dan Kerdau, sambutan terhadap ceramah2 yg dianjurkan oleh pembangkang begitu merosot. Adakalanya kehadiran pengunjung tidak sampai 40 org pun. Itu belum dikira jumlah petugas PAS yg terjerit dan terpekik seramai kira2 20-30 org disetiap ceramah tersebut. Hanya ceramah2 DAP di kawasan2 pekan dan bandar yg mendapat respon yg baik. Purata kehadiran pengunjung tidak kurang drp 100 org. Dan DAP amat bijak memainkan isu2 panas terutama kepada kaum cina seperti isu kematian TBH yg masih belum selesai.

4. Melihat kepada mood pengundi pada hari ini, ada besar kemungkinan bahawa PRU akan berlangsung dalam masa yg terdekat.

Thursday, April 14, 2011

Sekilas pandang..

1. Awan mendung yg menyeliputi imej parti UMNO, parti keramat dan terbesar org2 Melayu sudah beredar. UMNO kembali menjadi dominan dan berdaya saing di bawah kepimpinan nakhoda baru, YAB Dato Seri Najib Tub Abdul Razak.

2. Satu ketika dahulu ramai juga org mempertikaikan perlantikan pegawai-pegawai parti yg dipilih oleh Dato Najib. Paling teruk yg menerima kritikan antaranya ialah Ketua Penerangan UMNO YB Datuk Ahmad Maslan. Beliau dituduh tidak mengerti fungsi seorang Ketua Penerangan parti. Agak lama juga suara2 tuduhan itu lantang kedengaran. Akan tetapi seiring dgn prestasi parti yg kembali meningkat ( sudah tentu dikaitkan dgn keputusan2 PRK kecil yg terkemudian ini) ramai juga yg sudah menyuarakan keyakinan terhadap 'cara baru' yg diterapkan oleh YB Datuk Ahmad Maslan.

3. Buku terbaru Tun Mahathir - ADITH sedikit sebanyak menjawab tuduhan dan kemusyiklan yg timbul mengenai 'cara baru' yg dilakukan oleh Tok Mat Maslan. Ada byk photo yg menunjukkan Tun terlibat dlm aktiviti kemasyarakatan di awal era kepimpinan beliau yg gemilang itu. Rupa-rupanya Tok Mat Maslan tidak semborono dalam menerapkan pendekatan beliau. Ditambah dengan usia beliau yg masih di peringkat pertengahan, respon yg diterima oleh kaum muda di akar umbi - ramai yg gemar kepada cara bekerja ketua Penerangan UMNO yg baru ini. Beliau dikatakan lebih mesra, peka dan cepat mengambil tindakan2 dlm mengatasi permasalahan yg ujud terutama bagi golongan muda.

4. Seperkara yg org kebanyakan menyampah sedikit dgn UMNO ini adalah ; di kala UMNO tidak menerima sokongan padu rakyat terutamanya org2 Melayu, ia akan mula mendekatkan diri dan mendengar suara rintihan rakyat bawahan. Di waktu itu, ramai melihat UMNO benar2 berfungsi sebagai jambatan kepada aspirasi rakyat. Akan tetapi di waktu2 sokongan rakyat meningkat dan imej UMNO kuat, akan timbul pula fenomena di mana telinga2 pemimpin UMNO ini menjadi 'pekak badak' Nak kata pekak pun tidak, nak kata dengar pun tak !

5. Suka atau tidak, UMNO akan kekal mendominasi dan menjadi parti politik yg amat penting kepada org Melayu. PAS - walau sekuat mana sekalipun ia cuba mengembeling usaha utk menghapuskan realiti itu, tetapi parti ke 2 org Melayu itu masih terkial2 mencari imej yg jelas terhadap perjuangan mereka. Parti itu sudah sekian lama ketandusan pemimpin2 muda dan baru sedang muka2 lama masih gila mengekalkan kuasa. MOU mereka dgn DAP juga melukakan banyak hati org2 Melayu terutama di kawasan luar bandar. Di tambah lagi dengan imej Anwar Ibrahim yg semakin tercalar, PAS sebenarnya dapat melihat pengaruh mereka kepada org Melayu begitu merosot jika dilihat terutama di dlam ceramah2 PRK2 yg terakhir ini. Justeru tidak menghairankan baru2 ini pemimpin utama mereka hadir di dalam program yg dirasmikan oleh YAB PM.

6. Org2 Melayu, malah ramai ahli UMNO sendiri tidak pernah mempunyai permusuhan atau pandangan serong terhadap PAS selama ini pada dasarnya. Memanglah kalau diikutkan tulisan2 berbaur politik, pertentangan itu agak jelas kelihatan. Akan tetapi pada hakikat kehidupan sebenar, org2 UMNO dan PAS jarang2 sangat mempunyai masalah di dalam masyarakat. Mereka tinggal bersebelahan, hidup berjiran, bekerjasama dan bergaul dalam majlis2 masyarakat seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Politik adalah soal ideologi sahaja. Org2 Melayu semuanya beragama islam dan mereka mepunyai akidah yg sama iaitu mengaku dan bersaksi Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah.

7. Idealisme politik tidak akan mati. Yg mati, cuma ahli politik sahaja. Kata bidalan Melayu, patah tumbuh hilang berganti. Memang benar, Tun Abdul Razak, pemimpin yg kita amat kasihi itu sudah lama pergi, tp nampaknya kehilangan itu sudah ada pengganti. Marilah kita bersama-sama ke arah Malaysia yg lebih harmoni.

Friday, January 21, 2011

PRK Dun Tenang - Semboyan Telah Berbunyi

1. Hari ini adalah hari penamaan calon PRK DUN Tenang, Johor. Hanya ada dua calon, iaitu daripada Parti UMNO dan juga calon wanita daripada Parti PAS.

2. Kira-kira 10 ribu penyokong UMNO dan Barisan Nasional mengiring calon mereka iatu Azahar Ibrahim sementara kira2 3 ribu penyokong PAS dan BA mengiringi calon PAS iaitu Normala Sudirman.

3. Johor -Negeri tiang seri UMNO nampaknya menggunakan pendekatan yang berbeza pada kali ini: pendekatan yang pada awalnya tidak disenangi dan dipersoalkan oleh rakan2 daripada negeri lain. Kali ini tiada konsep rumah negeri yg biasanya dilakukkan pada PRK2 yg lepas. UMNO Johor kali ini memutuskan bahawa setiap peti undi dikawalselia dgn rapi oleh 2 unit UMNO Bahagian negeri tersebut .

4. UMNO Johor juga nampaknya memilih calon yg benar2 dimahukan oleh akar umbi ; satu konsep dan trend baru yg mahu dipraktiskan ( telah pun ditekan oleh PM berkali2 sejak akhir2 ini). Konsep itu nampaknya diterima baik dan mahu dipelopori oleh kepimpinan UMNO Johor. Sekali lagi UMNO Johor telah menunjukkan konsep ketaatan yg tidak berbelah bg kepada dasar dan strategi UMNO pusat.

5. Sementara itu, nasib Normala Sudirman - seorang guru umpama berada di hujung mata pedang. Dia nampaknya menjadi 'qorban' kepada percaturan politik parti. Di ketika semua org tahu betapa sukarnya menembusi kubu Johor 'di waktu2 tenang' sebegini, nampaknya PAS tidak pedulikan semua itu. Mereka seolah sanggup mengorbankan kerjaya dan masa depan ahli mereka semata-mata ideologi politik sempit.

6. Semboyan telahpun berbunyi . Melihat kepada situasi penamaan calon , barangkali kita telah dapat mengagak senario yang bakal berlaku untuk beberapa hari mendatang. Nampaknya hiruk pikuk akan melanda pekan yang selama ini aman dan tenang..

Sunday, October 3, 2010

Bijaksana vs Populariti.

1. Kata seorang tokoh politik kebijaksanaan pemimpin perlu dalam mendepani sebarang perubahan situasi. Ya, memang benar. Tanpa kebijaksanaan tentulah kelam kabut jadinya bila stituasi tidak menentu. Tapi berapa peratuskah pemimpin yg bijaksana berbanding dgn pemimpin yg glamour?

2. Permainan politik adakalanya begitu menjijikan tidak kira di dalam parti apa pun di dunia ini. Ini fenomena biasa, telah terjadi sejak beratus-ratus tahun dahulu biarpun di dalam empayar kerajaan Islam. Cuma, sudah jd sifat manusia, akibat tidak banyak membaca dan mengetahui fakta, kadang2 mereka telan apa sahaja yang mereka dengar dan mudah terpedaya.

3. Kebijaksanaan juga bersifat subjektif dalam hukum politik. Bukan semestinya mempunyai kelayakkan akdemik yg tertinggi. Masyarakat memandang apakah faedah yg boleh disumbangkan oleh ahli politik. Jd di antara prestasi akdemik dan kefahaman terhadap kehendak2 masyarakat, keseimbangan antara dua perkara yang penting. Dalam hukum mudah, pemimpin mestilah cerdik dan pada masa yg sama masyarakat mendapat faedah daripada kecerdikan mereka.

4. Mencari populariti dlm politik juga tidak sukar. Cetuskan sahaja satu isu, kemudian buatlah provokasi. Sekelip mata pemimpin2 jenis ini akan popular. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Anwar Ibarahim, Mat Sabu, Ibrahim Ali, Bung Mokhtar dan Nazri Aziz.. semua ini adalah hero-hero utama politik Melaya. Mereka boleh mencetuskan suasana hangat di seluruh negara dengan sebaris ayat dari mulut mereka. Begitu juga dalam sektor yg lebih kecil, pemimpin2 setempat juga tidak kurang handal mencari publisiti. Sepasang kain pelekat juga adakalanya sudah cukup untuk menambat hati penyokong setia.

5. Pilihanraya kecil muncul lagi. Apakah krateria pemimpin yg dimahukan oleh rakyat Kelantan? Apakah pemimpin yg bijaksana yg mampu mengangkat martabat rakyat, atau mereka yg popular - yg selamanya hidup dalam retorik semata-mata. Entahlah.. Rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang unik sedikit. Keunikan mereka itulah yg mewarnai politik tanahair kita ini.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi

1. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Bulan penuh kemuliaan ini adalah kurniaan Allah yg tiada tolok bandingnya bagi hamba-hambanya yg merindui nikmat beramal ibadah. Ramadhan - awalnya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah kurniaan.

2. Orang2 Melayu beragama Islam di Tanah Melayu ini sejak dari kurun berzaman memakmurkan bulan mulia ini dengan amal ibadah seperti bersedekah, mengaji dan khatam Al Quran, menunaikan sembahyang sunat seperti taraweh, tasbih dan witir serta bertasbih di sepanjang malam. Ramadhan adalah bulan yang begitu terpelihara keagungannya berbanding bulan2 lain. Malah di bulan mulia ini pintu Neraka dikunci dan semua syaitan dirantai.

3. Ramadhan kebelakangan ini, apatah lagi semenjak internet menjadi trend kehidupan di Tanah Melayu ini, sudah berubah wajah dan corak seakan-akannya. Anak-anak muda mahu di kampung atau di kota, sudah tidak peduli utk memakmurkan masjid. Sebaliknya lebih leka bermain permainan internet dan melayan facebook, twitter dsb.

4. Bagi kelompok politik, Ramadhan disambut dengan slogan2 manis dan propaganda agar berbaik-baik - melupakan perbezaan politik. Malangnya tidak sampai pun sehari berpuasa, sudah ada pulak 'beruk2' yg memang tak reti bahasa (mungkin juga tidak pernah belajar agama) memulakan 'sengketa' dengan kata cerca bercampur fitnah yg sengaja direka. Seolah-olah kata2 dan perbuatan mereka tidak mendatangkan biar sekelumit dosa.

5. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah - ayat 183-185 yang maksudnya ..

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


6. Ada dua perkara sahaja yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita yang menjamin kita tidak sesat selama-lamanya iaitu Quran dan Hadith. Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersatu padu dan merapatkan ukhwah yang dituntut oleh agama. Allah berfirman dalam Surah Al Fath - ayat 27 & 28 yang maksudnya :-

"(Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. "


Wednesday, July 14, 2010

Antara konsep, pengertian dan pengisian.

1. Seorang pegawai tadbir muda kerajaan menyuarakan isihatinya. Dia bimbang dengan slogan yg dilancarkan oleh PM tidak dimengertikan oleh pegawai2 kerajaan dan pemimpin UMNO sendiri. Apabila PM meminta rakyat didahulukan, yg banyak berlaku seolah-olah rakyat diabaikan oleh golongan ini. Apabila PM meminta prestasi diutamakan, entah apa2 prestasi yg ditunjukkan oleh pemimpin2 tersebut. Malah ada juga menteri yg membuat tindakan yg berlawanan dgn kempen tersebut. Sebaik sahaja kempen dilancarkan, harga barangan asas pulak diumumkan naik.


2. Kata beliau lagi, UMNO masih memilih untuk melakukan banyak program2 retorik wpun UMNO sendiri menyedarinya. Setiapkali pemimpin utama turun melawat sesuatu kawasan, maka perbelanjaan utk mengadakan program tersebut adakalnya mencecah ratusan ribu ringgit. Kata beliau, alangkah baiknya jumlah sebanyak itu disalurkan terus utk membuat rumah PPRT dan membantu golongan miskin tegar di setiap kawasan. Mengapa perlu kita belanjakan wang sebanyak itu hanya utk mencari publisiti dan mengenepikan objektif utama kita untuk berkhidmat kepada rakyat?


3. Baru2 ini di dalam Perasmian UMNO Bhgn Pulai di Johor PM telah mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya jgn syok sendiri. Sebenarnya dahulu PM telahpun memberi peringatan supaya ' jangan buat kerja gila' nampaknya kali ini beliau berlembut sedikit di negeri kubu kuat UMNO itu. Akan tetapi, kalau diteliti sedalam-dalamnya (kalau sudah sampai ke tahap ini) teruk juga nampaknya prestasi pemimpin dan komitmen ahli parti UMNO. Agaknya apakah yang membuatkan beliau begitu terpanggil utk menyuarakan kebimbangan yg bersarang di isi hatinya itu di Johor? Apakah beliau mahu mengingatkan pemimpin2 UMNO Johor agar memelihara kekuatan UMNO ini baik2 supaya tidak goyah seperti UMNO di tempat2 lain? Ucapan sedemikian rupa, pada kebiasaannya cukuplah menjadi tanggungjawab seorang Ketua Penerangan UMNO sahaja. Apakah ini menandakan satu lagi jentera dan biro UMNO tidak berfungsi dan menunjukkan prestasi yang lemah?

4. Suka atau tidak, hakikatnya muafakat di dalam UMNO ini semakin lemah di sesetengah tempat. Di sebalik seruan supaya UMNO mesti pantas berubah supaya kekal relevan sepanjang masa sebagai wadah perjuangan bangsa dan agama, politik dalaman masih banyak berlaku sesama ahli dan pemimpin UMNO di setiap peringkat. Cerita2 mengenai kegagalan beberapa cawangan (termasuk sayap2 parti) bersidang akibat konflik dalaman parti adalah senario yang begitu membimbangkan. Kita menggesa supaya UMNO mengambil tindakan yang berkesan walaupun drastik. Pemimpin2 politik sebegini sepatutnya tidak dibiar utk terus berada di dalam parti. Mereka ini akan terus menjadi perasit yang akan merosakkan akar umbi perjuangan UMNO ini. Mereka ini juga menjadi punca sebahagian besar rakyat (yang dahulunya wpun tidak berparti tetapi menyokong kerajaan ) kini telah berubah memberi sokongan kepada pembangkang kerana bosan dan protes.

Monday, July 5, 2010

Sebuah Nostalgia Yg Pilu.

1. Kesian mendengar rintihan dan luahan seorang EXCO Pemuda UMNO dari utara tanah air. Wpun beliau seorang Ketua Pemuda Bahagian, tapi semua kerusi dalam bahagian beliau dikuasai oleh pembangkang. 3 oleh PAS , 1 oleh PKR. Pelik juga, Pemuda UMNO mengangkat EXCO daripada kawasan yang tewas. Tapi beliau kelihatan ok juga. Entah apa yg tak kena, tidaklah kita ketahui sangat. Memanglah kawasan jelapang kalau dilanda ribut, payah nak selamat.

2. Satu waktu dulu, sewaktu diminta menjadi ketua pemuda UMNO cawangan, aku menolak utk kali pertama, tp diminta juga. Kita pun terpaksa mengira anggaran duit utk dihanguskan demi perbelanjaan anak2 buah sepanjang tempoh tersebut. Ketika itu masih bujang, tak ada banyak liabiliti yg nak ditanggung kecuali nak bg duit belanja pada org tua saja. Ketua Cawangan pun pesan, jgn buat malu kompeni dan meminta-minta ke sana sini. Huh.. banyak juga syaratnya.

3. Aktiviti pemuda kg ini mudah saja. Asalkan selalu berjumpa ( memanglah jumpa hari2 sebab sekampung), duduk ngeteh sama2, main bola sepak, takraw dan badminton -- itu semua kita kena tanggung lah, kemudian sekali sekala buat makan2 mlm sikit kat rumah. Arwah datuk mulanya terkejut juga apahal budak2 datang ramai berkumpul. Lama2 dia suka pulak. Dah dia bercerita pasal zaman penjajah. Meloponglah mulut kami semua mendengar 'live story' betapa teruknya keadaan sebelum merdeka. Dah puas melantak, ada pulak yg bawa gitar tong. Sampai pukul 3 pagi lah baru semua balik ke rumah masing2.

4. Ketika menyambut ramadhan, kami sama2 gotong royong bersih kampung dan hias surau. Kena lagi duit belanja. Tak apa lah, tak kan dengan surau pun nak berkira. Duit2 api dan air surau tu kena tengok juga. Malam ramadhan, dah tentulah kena perambat anak2 buah ke surau tarawih. Soal cukup 21 rakaat atau tidak, itu lain cerita. Yg penting mesti hadir tunjuk muka. Kemudian bila nak raya, kena lagi hias kg. tapi semua itu dibuat dengan penuh semangat dan rasa gembira. Kadang2 ada juga abg2 dr bahagian lain ( kawan2 juga) yg datang minta bantuan sikit utk pgrm cwgn mereka. Alah bukan banyak pun, bg lah yg termampu. Yg pasti bila ramai yg tolong, jumlah yg sikit pun jd banyak. Betul tak?

6. Itu semua cerita dulu. Cerita nostalgia. Hari ini ketika berada di bahagian bertugas sebagai pegawai yg dilantik, dah kering air mata melihat gelagat anakmuda. Tapi tahan saja lah. Kata banyak2 pun, anak buah kita juga. Yg nyata memang jauh sangat semangatnya. Segalanya minta dibantu. Segalanya minta disuap. kalau tak dapat merajuk. Kalau ditegur melenting. Kadang2 tertanya-tanya juga, mengapa mereka beriya-iya mengejar jawatan itu dahulu. Bukankah perjuangan ini balasannya hanya sebuah maruah dan harga diri??

7. Usiaku telah hampir melepasi dunia pemuda. Biarlah aku menulis hari ini sementara kesempatan ini ada. Lagi pun aku tak mahu menjadi seperti kebanyakkan org yg menghentam pemuda selepas zaman mereka.