Sunday, October 3, 2010

Bijaksana vs Populariti.

1. Kata seorang tokoh politik kebijaksanaan pemimpin perlu dalam mendepani sebarang perubahan situasi. Ya, memang benar. Tanpa kebijaksanaan tentulah kelam kabut jadinya bila stituasi tidak menentu. Tapi berapa peratuskah pemimpin yg bijaksana berbanding dgn pemimpin yg glamour?

2. Permainan politik adakalanya begitu menjijikan tidak kira di dalam parti apa pun di dunia ini. Ini fenomena biasa, telah terjadi sejak beratus-ratus tahun dahulu biarpun di dalam empayar kerajaan Islam. Cuma, sudah jd sifat manusia, akibat tidak banyak membaca dan mengetahui fakta, kadang2 mereka telan apa sahaja yang mereka dengar dan mudah terpedaya.

3. Kebijaksanaan juga bersifat subjektif dalam hukum politik. Bukan semestinya mempunyai kelayakkan akdemik yg tertinggi. Masyarakat memandang apakah faedah yg boleh disumbangkan oleh ahli politik. Jd di antara prestasi akdemik dan kefahaman terhadap kehendak2 masyarakat, keseimbangan antara dua perkara yang penting. Dalam hukum mudah, pemimpin mestilah cerdik dan pada masa yg sama masyarakat mendapat faedah daripada kecerdikan mereka.

4. Mencari populariti dlm politik juga tidak sukar. Cetuskan sahaja satu isu, kemudian buatlah provokasi. Sekelip mata pemimpin2 jenis ini akan popular. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Anwar Ibarahim, Mat Sabu, Ibrahim Ali, Bung Mokhtar dan Nazri Aziz.. semua ini adalah hero-hero utama politik Melaya. Mereka boleh mencetuskan suasana hangat di seluruh negara dengan sebaris ayat dari mulut mereka. Begitu juga dalam sektor yg lebih kecil, pemimpin2 setempat juga tidak kurang handal mencari publisiti. Sepasang kain pelekat juga adakalanya sudah cukup untuk menambat hati penyokong setia.

5. Pilihanraya kecil muncul lagi. Apakah krateria pemimpin yg dimahukan oleh rakyat Kelantan? Apakah pemimpin yg bijaksana yg mampu mengangkat martabat rakyat, atau mereka yg popular - yg selamanya hidup dalam retorik semata-mata. Entahlah.. Rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang unik sedikit. Keunikan mereka itulah yg mewarnai politik tanahair kita ini.

No comments:

Post a Comment