Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi

1. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Bulan penuh kemuliaan ini adalah kurniaan Allah yg tiada tolok bandingnya bagi hamba-hambanya yg merindui nikmat beramal ibadah. Ramadhan - awalnya adalah pengampunan dan penghujungnya adalah kurniaan.

2. Orang2 Melayu beragama Islam di Tanah Melayu ini sejak dari kurun berzaman memakmurkan bulan mulia ini dengan amal ibadah seperti bersedekah, mengaji dan khatam Al Quran, menunaikan sembahyang sunat seperti taraweh, tasbih dan witir serta bertasbih di sepanjang malam. Ramadhan adalah bulan yang begitu terpelihara keagungannya berbanding bulan2 lain. Malah di bulan mulia ini pintu Neraka dikunci dan semua syaitan dirantai.

3. Ramadhan kebelakangan ini, apatah lagi semenjak internet menjadi trend kehidupan di Tanah Melayu ini, sudah berubah wajah dan corak seakan-akannya. Anak-anak muda mahu di kampung atau di kota, sudah tidak peduli utk memakmurkan masjid. Sebaliknya lebih leka bermain permainan internet dan melayan facebook, twitter dsb.

4. Bagi kelompok politik, Ramadhan disambut dengan slogan2 manis dan propaganda agar berbaik-baik - melupakan perbezaan politik. Malangnya tidak sampai pun sehari berpuasa, sudah ada pulak 'beruk2' yg memang tak reti bahasa (mungkin juga tidak pernah belajar agama) memulakan 'sengketa' dengan kata cerca bercampur fitnah yg sengaja direka. Seolah-olah kata2 dan perbuatan mereka tidak mendatangkan biar sekelumit dosa.

5. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah - ayat 183-185 yang maksudnya ..

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


6. Ada dua perkara sahaja yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita yang menjamin kita tidak sesat selama-lamanya iaitu Quran dan Hadith. Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersatu padu dan merapatkan ukhwah yang dituntut oleh agama. Allah berfirman dalam Surah Al Fath - ayat 27 & 28 yang maksudnya :-

"(Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. "